Thursday, August 14, 2008

Freedom (4) a while...

merdeka!!!ahakxz... trasa ilang beban skjap. Giler stress nk exam. Bila dah abes. Perrrr. Lega. x lama lagi cuti penggal nak datang. Itu lah masa untuk backup balik pelajaran lepas(ulang kaji). Paper laen blh laa. But bile ckp psal paper math. Argh!!! giler stresss. Who can teach math 4 me?.

Sunday, August 10, 2008

Hari pertama exam trial

Fuuuhhh!!!.Akhirnya abes gk exam paper bm dan sej. Gler senang( sbnarnya ssh ). Paper BM1 dah ssh. Bkak je paper BM1,,adesss ssh glerr.hahaha. Then paper sej. Sej lgi laa sng. Tpi ada gk soalan yg ssh. Soalan yg ingat-ingat lupe. tension tol. Benda tu da baca.leh lak lupe( Btol kata Tun Dr.Mahathir bahawa melayu mudah lupe) xP...Korang pon same eh. Bkn aq sorang je. Next paper BM2. Wat karangan. adesss. ayat aq langsong x masok. Bantai je. Sume ayat ade. keling/jawa/cina/whatever ar. HaHaHa. Esok paper BI and Agama. Lagi Gempak!!!...ape lgi. study2..hahaha. see yaa

Saturday, August 9, 2008

Jom kite ketawa bersame2 xD

  • Cikgu vs Murid Category:
  • Life Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
  • Cikgu:Mengapa selamat pagi saja?Petang dan malam, awak doakan saya takselamatkah?Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
  • Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuatoleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera!Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan inimeliputi semua masa dan keadaan.
  • Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
  • Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Cikgu nak buat kata berlawan hari ni. kamu kena jawab cepat.
  • Murid-murid: Faham, cikgu!
  • Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
  • Cikgu: Jauh!
  • Murid-murid: Dekat!
  • Cikgu: Keadilan!
  • Murid-murid: UMNO!
  • Cikgu: Salah!
  • Murid-murid: Betul!
  • Cikgu: Bodoh!
  • Murid-murid: Pandai!
  • Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
  • Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
  • Cikgu: Mati aku!
  • Murid-murid: Hidup kami!
  • Cikgu: Rotan baru kamu tau!
  • Murid-murid: Akar lama tak tau!
  • Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
  • Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
  • Cikgu: Kamu gila!
  • Murid-murid: Kami siuman!
  • Cikgu: Cukup! Cukup!
  • Murid-murid: Kurang! Kurang!
  • Cikgu: Sudah! Sudah!
  • Murid-murid: Belum! Belum!
  • Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodohsangat?
  • Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
  • Cikgu: Oh! Melawan!
  • Murid-murid: Oh! Mengalah!
  • Cikgu: Kurang ajar!
  • Murid-murid: Cukup belajar!
  • Cikgu: Habis aku!
  • Murid-murid: Kekal kami!
  • Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
  • Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
  • Cikgu: Sudah, bodoh!
  • Murid-murid: Belum, pandai!
  • Cikgu: Berdiri!
  • Murid-murid: Duduk!
  • Cikgu: Saya kata UMNO salah!
  • Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
  • Cikgu: Bangang kamu ni!
  • Murid-murid: Cerdik kami tu!
  • Cikgu: Rosak!
  • Murid-murid: Baik!
  • Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
  • Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
  • Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunyakeluar.)

Mai cite psal wanita islam..hak3

Menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian


Pikir n Renung222 Kan

:)

Cinta Sejati

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Kehendak ati

nape sy wat blog ni kan?
pada hal dah nak exam ni
suke2 ???
ajakkan kwn ???

emmmm .....

luuu pkir laa sndiri !!!!

hahaha

page ku ijau

Makner nyer
ijau i2 indah
ijau i2 harmoni
ala
x blaja pendidikan seni visual ka?
ala
kuning+biru=
teka2...jdi ape?
mesti la ijau
haaaa
ckp psal ijau kn
umah sukan aq kler ijau
hahaha
tpi kn
sy lgi minat kler pink

xP